Sabtu, 19 April 2025

Diari emas

 Bismillah...Dengan nama Allah yang Maha Mulia kumulakan tulisan ini.

Entah apa perasaan setiap kali mahu menulis. Kadang tidak faham dengan diri ini sendiri, kerana setiap kali mahu menulis, idea terus hilang, sedangkan sebelumnya sudah banyak yang dirangka di dalam kepala. Rasa ingin meluah, akan tetapi tidak boleh. Itulah, Tak faham aku dengan diri aku ini. 

Beberapa hari lalu, aku memulakan simpanan emas dan menjadi dealer emas. Kesedaran aku tentang emas baru sampai. Sebelum ini, entahlah. Padahal memang aku suka membeli emas walaupun aku tak boleh sangat nak pakai sebab kulit ini sensitif, habis berkudis berkerak jadinya kalau pakai apa-apa perhiasan. Aku harap perniagaan emas aku akan membantu ramai orang sedar akan kepentingan tabungan emas. Tanpa sedar sebenarnya, emas ni naik harga sangat tinggi. Dulu rasanya, dalam masa 10 tahun belakangan ini, harga emas yang aku beli dulu harganya RM 186/g, sekarang harganya mencecah RM 511/g. MasyaAllah subhanallah betapa laju dan besar nilai emas naik.

Tahun ini, aku mula letak tabungan anakku dan duit rayanya ke dalam akaun emas. Untuk kegunaannya di masa akan datang. Kalau tahu dan sedar dulu, dah lama letak dalam akaun emas. Begitulah manusia, suka ber'kalau'. Hehe.

Sebenarnya, aku takut juga. Sebabnya setiap kali aku berniaga, selalu rugi. Aku selalu kena tipu dengan orang atau aku sendiri yang tidak pandai mengurus modal, jualan dan untung. Aku suka berniaga tapi aku tidak pandai dalam berniaga. Banyak kasihankan orang lain dan banyak beri percuma bila orang minta. Entahlah diri ini. Kadang tu, terlupa yang aku jual pada orang dengan harga lebih rendah dari modal apabila orang merayu tak mampu dan nak murah. Susah rasa jadi diri ini bila melibatkan urusniaga. Bukan memilih orang juga, yang mana datang dan minta diskaun dengan merayu, aku terus jadi serba salah. Bagaimana nak buat. Kesian padanya. Tak cukup duit nak beli barang aku. Sedangkan orang tersebut lebih pada ada. Memang orang ada-ada. Tapi aku? Kelakar rasanya kan.

Harapnya, aku berniaga kali ini, aku beroleh untung. Untung dunia dan untung akhirat. Mengajak manusia memiliki emas.

Diari emas

 Bismillah...Dengan nama Allah yang Maha Mulia kumulakan tulisan ini. Entah apa perasaan setiap kali mahu menulis. Kadang tidak faham dengan...