Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam dan selawat salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.
Syukur hanya kepada Allah yang menjadikan kita sebagai hamba yang masih lagi bernyawa di atas muka bumiNya. Masih boleh berjalan dan sihat di atas dunia ini.
Wahai diri, berhati-hati dalam menulis sesuatu kerana isnya kekal. Selagi dakwat masih wujud, tulisan masih ada, maka ia tetap boleh dibaca. Yang baik menjadi pahala manakala yang hasad menjadi Dosa jariah yang kekal berpanjangan. Justeru, tulis lah yang baik-baik agar Allah sentiasa memelihara kita dan amal baik tidak meninggalkan kita dikala kita perlukannya di akhirat kelak.
Tiada siapa yang boleh mnolong akan dirimu melainkan dirimu sendiri dengan rahmat kasih sayang Allah. Suburkan dalam hati, penuhkan dalam hati kecintaan kepada Allah dan Rasulullah. Penuhkan hati dengan selawat dan zikir kepada Allah.
Semoga Allah sentiasa memelihara kita daripada diri kita sendiri. Aaaamiin.